PERLINDUNGAN DATA DAN DASAR PRIVASI

 

FAAR GLOBAL SOLUTION  menghormati dan komited untuk melindungi privasi dan data peribadi pelanggan termasuk maklumat yang berkaitan dengan individu tertentu seperti nama, alamat, alamat emel atau nombor telefon. Data peribadi ini digunakan untuk tujuan seperti yag diminta setelah pelanggan bersetuju memberi maklumat peribadi melalui syarikat ini.

 

Pelanggan telah dianggap telah memberi persetujuan setelah memberi maklumat peribadi kepada FAAR GLOBAL SOLUTION untuk mengumpulkan, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan di bawah dasar dan undang-undang perlindungan data dan privasi yang relevan di Malaysia yang mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (PDPA). Pelanggan dinasihatkan tidak mengisi borang elektronik melaui FAAR GLOBAL SOLUTION sekiranya tidak memberi persetujuan mengenai perlindungan data dan dasar privasi syarikat ini.

 

FAAR GLOBAL SOLUTION. berhak untuk mengubah dan meminda apa-apa dasar polisi pada bila-bila masa. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perubahan dan pemindaan di halaman ini. 

Permintaan untuk pembetulan maklumat yang dikemukakan boleh ditujukan kepada kami di info@fasacademia.com